Kerjaya Politik Mah_Hang_Soon

Pada tahun 2004, Pilihan Raya Umum Ke-11 (PRU11) merupakan kali pertama bagi Dato' Dr. Mah Hang Soon mewakili Barisan Nasional bertanding di Dewan Undangan Negeri Perak (DUN) bagi Kawasan Jelapang, N.31. Dalam hal ini, beliau tidak berjaya dengan undian sebanyak 7,981 undi berbanding dengan Hee Yit Soong, calon DAP mendapat undian sebanyak 8,233 undi.

Pada tahun 2008, Pilihan Raya Umum Ke-12 (PRU12) beliau memenangi DUN bagi Kawasan Chenderiang, N.46 dengan majority sebanyak 3,392 undi dan mengulangi kejayaan yang sama pada tahun 2013, Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) dengan majoriti sebanyak 4,767 undi.

Dato' Dr. Mah Hang Soon pernah menjawat sebagai Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Perak Darul Ridzuan untuk portfolio seperti berikut:

  • Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Kerajaan Tempatan, Hal Ehwal Pengguna, Alam Sekitar, Pengangkutan dan Hal Ehwal Bukan Islam Negeri Perak (Tahun 2009-2013); dan
  • Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Pengangkutan Awam, Hal Ehwal Bukan Islam, Integrasi Nasional dan Kampung Baharu Negeri Perak (Tahun 2014-2018)[9][10].

Pada tahun 2018, beliau diumumkan sebagai calon bagi Parlimen Tanjong Malim, P.077 untuk Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) di Majlis Pengumuman Calon BN Negeri Perak, Kediaman Menteri Besar Perak, Ipoh, Perak Darul Ridzuan pada 24 April 2018[11]

Seterusnya beliau menerima bantahan daripada penyokong YB Dato' Sri Ong Ka Chuan dan membuat bantahan di depan Bangunan Perdana, Putrajaya pada 26 April 2018[12]. Akhirnya, Sesi Penamaan Calon yang telah diadakan di Majlis Daerah Tanjong Malim, Tanjong Malim, Perak Darul Ridzuan pada 28 April 2018 dengan mengesahkan bahawa Dato' Dr. Mah Hang Soon bertanding di Parlimen Tanjong Malim, P.077 untuk PRU14.

Sebagai keputusan PRU14 pada 9 Mei 2018, beliau tewas kepada calon Parti Keadilan Rakyat (PKR), Chang Lih Kang. Jumlah undi yang diterima oleh beliau adalah 19,314 undi manakala calon PKR mendapat undi sebanyak 24,672 undi dengan majoriti 5,358 undi. Secara keseluruhannya, Barisan Nasional tewas di peringkat Parlimen dan tidak berjaya membentuk Kerajaan Persekutuan pada PRU14.

Rujukan

WikiPedia: Mah_Hang_Soon http://english.astroawani.com/malaysia-news/mca-el... http://taipingmali.blogspot.my/2011/02/sambutan-ta... http://www.mstar.com.my/berita/berita-semasa/2014/... https://www.bharian.com.my/berita/politik/2018/04/... https://www.bharian.com.my/berita/politik/2018/04/... https://www.thestar.com.my/news/community/2013/11/... https://www.thestar.com.my/news/community/2014/09/... https://www.thestar.com.my/news/nation/2008/09/06/... https://www.thestar.com.my/news/nation/2008/10/17/... https://www.thestar.com.my/news/nation/2014/05/12/...